Monday, 21 November 2011

Sup Tulang

Asslamualaikum...
Salam bersiaran untuk membina badan...hahahaha
bukan apa..tgk tajuk entri pn dh buleh paham kan.....

Weekend baru ni...My Incik Hubby cakap nk mkn sup tulang for lunch...
so I pn godek2 la esbox tu...sbb balik kg hari tu my mum kirimkan tulang qurban...
mmg syiookkk la kami dua ni...dapat rezeki ..mn tak syiookknya..
kalu dapat musuh pn syiookk jg ker?? ~~ jwb sendirik la yerrr..

jom tgk sup tulang versi I...
ada sempoi ker idok....





walaupn cara persembahan saya kurang menarik sebab tiada hiasaan bagai...
ia tetap sedap....maklumlahh telah berhempas pulas mereneh tulang tu...
sebab nk kasi daging tu lembut....mmg menguji kesabaran...
~~ ni statment sebab tak dak periuk tekanan...so kena buat secara manually...hokeyyyy

hampir dua jam saya mereneh dlm rice cooker...kelakor kan...
bukan sebab kehabisan gas..sebab saya terlalu alpha dlm membuat kerja rumah...
so..saya reneh dlm rice cooker...dan perlu risau tentang dapur gas....
setelah siap direneh dari pukul 9.30pg sampai pukul 11.00 pg...
daging tu lembut jer..lerai dari tulang....

apapn saya ucapkan tahniah kepada diri sendirik..
sebab berjaya buatkn menu tersebut...maaf lahh saya kn budak baru belajar...
ni pestaim sy masak sup tulang yawww...
kalu kurang sedap n kurang menarik tu..maaf la...masih dlm pembelajaran....
nak kena tayang resepi ker...alahhh malu lahhh
resepi kita main campak2 jer...dh la baru belajar...nk tayang resepi la pulekkk...

bahan2:- ( untuk dua org mkn ) ~~masa ni saya n My Incik Hubby jerrr
  • 500g tulang lembu ~~ renehkn dahulu lebih kurang 1 jam (bg yg tiada periuk tekanan yerr ~~ mcm I)
  • 2 biji kentang - dibelah 4
  • 1 bunyut sup tulang cap adabi ~~ ni yg sy guna
  • 1/2 bj bwg besar - dikisar
  • 2 bj bawang merah - dikisar
  • 2 ulas bwg putih - dikisar
  • 1 cm halia - hiris nipis2
  • 1 btg kayu manis, sedkit bunga cengkih,buah pelaga dan lada hitam
  • 1/2 sudu besar serbuk sup adabi - dikisar bersama bawang
  • 4 biji cili api - dititik
  • sedikit daun sup
cara2 :-
  • Tumis kn bahan kisar dan halia hingga naik bau...masukkan kulit kayu manis,bunga cengkih buah pelaga dan lada hitam
  • masukkan tulang telah siap direneh...kacau selama 2 - 3 minit
  • masukkan air dan sup bunyut~~ bergantung kepada anda...saya cuma masukkan 4 cawan air jer
  • biarkan direnah selama 15minit dan masukkan ubi kentang
  • masukkan cili api dan bahan perasa
  • hidang bersama daun sup...

Thursday, 17 November 2011

Isteri Solehah

Assalamualaikum......
Besok (Jumaat 18/11/2011)  bermula la cuti persekolahan
bagi Negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu....
selain negeri2 ni....mereka akan mula bercuti pada keesokkan harinya (Sabtu 19/11/2011)

Bila bermulanya cuti persekolahan ni...bermula lah musim kenduri kahwin...
so...saban hari sepanjang cuti sekolah mesti ada kenduri kahwin...

Bagi bakal2 pengantin...terutamanya gadis yang akan bertukar status kepada isteri...
bersediakah anda semua untuk menjadi ' Isteri Solehah '...
Alhamdulillah....kepada yang sudah bersedia untuk bergelar isteri dan InsyaAllah akan bergelar ibu...
tapi kepada yang masih kurang bersedia...kat sini saya ada panduan
kepada para isteri (termasuk diri saya sendiri )
dan bakal2 isteri untuk menjadi isteri solehah yang disayangi semua...


Berikut adalah tips-tips tersebut:
  • Jangan sesekali meninggikan suara anda kepada suami .
  • Dengar dengan penuh teliti dan sepenuh perhatian serta tidak berkata apa-apa (jika tidak ditanya) ketika suami anda sedang berbicara dengan anda.
  • Jalankan tugasan rumahtangga dengan penuh amanah.
  • Menjaga maruah keluarga dan status diri serta adab ketika berhadapan di khalayak ramai.
  • Tidak mengaibkan atau “membuka pekung di dada” tentang cerita-cerita mengenai hal peribadi anda dan suami dengan rakan-rakan anda.
  • Sentiasa beri semangat dan motivasi kepada suami dalam kerjaya dan apa juga perancangan masa depan dia demi kebaikan bersama.
  • Tidak meninggalkan rumah tanpa izin suami anda terlebih dahulu.
  • Elakkan mencabar atau mengarah-arah suami anda untuk lakukan sesuatu perkara. Kaum lelaki ni, amat pantang jika ego mereka agak tercabar.

Bolehkah kita untuk mengikut panduan ni....InsyaAllah....
semoga kita mendapat keredhaan-Nya untuk menjadi yang terbaik buat suami dan keluarga....
Sungguh beratkan tanggungjawab perempuan yang berstatus isteri...
InsyaAllah..harap2 semua nya dimakbulkan oleh-Nya
untuk memudahkan urusan harian..

Selamat Beramal

Puding Kastart Milo

Assalamualaikum......
malam semalam Incik Hubby ada request nk mkn agar2 merah(sirap)
i pn godek2 la kt dapur ada tak bahan2nya....
So I pn buat la agar2 sirap untuk My Incik hubby....
tapi I buatkn puding kastart milo untuk tekak I plak....



ni la hasilnya......~~ kualiti gambar kurang memuaskan...
sori ekkk......

layer nya kurang menarik skit sebalah luaran ni...
tapi hasilnya tetap sedap...walaupn kecomelannya agak kurang......









warna pn macam kurang menyerlah ...maklumlahhh nk habeskan stok yg berbaki jerrr....
tapi nanti saya cuba tambah lg bahan untuk lebih terserlah.....
~~ walaupn kaler kurang menarik...habesss jg masuk perut I n Incik Hubby...
mlm tu jugak dh separuh kami dua mkn...aterrrmcm mn tak 'temb'...
tgh2 mln pn still mkn lg...


gambaran dr sisi ~~ pencahayaan kurang skit tu mlm golap jerrr...

resepinya...aku main letak n agak2 jerrr...so tiada sukatan tepat....

apa2 pn...saya akan buat yg lg santek nanti...tggu yawww

resepi :

Bahan2nya..
  •  1 paket agar2 tali - saya guna separuh jer
  • 3 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan milo / sebuk koko
  • 4 sudu besar tepung kastart
  • 1/2 cawan susu cair
  • 5 cawan air

Cara2
  • agar2 direndam terlebih dahulu selama 10 - 15 minit
  • Didihkan air dan masukkan agar2...masak hingga agar2 hancur
  • masukkan gula dan masak hingga hancur
  • agar2 dibahagi kepada dua
  • bahagian pertama masukkan milo....masak milo hingga sebati dan tapiskan
  • bahagian kedua masukkan tepung kastart..masak hingga sebati dan masukkan susu cair - tapiskan
  • mulakan dengan sendukan adunan kastart dahulu..biarkan sehingga separuh beku dan masukkan adunan milo..ulangi langkah tersebut sehingga adunan habis..
  • sejukkan dalam peti sejuk..sedia di makan..

' Nuffnang Blog Award, Here I Come '

Halllooooooo.....
 tajuk entri komain lg.....hikhikhik
agak2 la...dpt tak saya join skali event tu....~~ maluuuu...simpan muka dlm kocek

UNtuk sertai event tu kena ada tiga sebab mengapa anda perlu hadir ke event tersebut??
mengapa?sebab apa?bagaimana?patutkah?....owhhhhh ni la antara key point nyerr...
antara alasan saya plak adalah :-

 Kenapa perlu menghadiri event tersebut?

1.kerana saya seorang new blogger...dan masih mencari tapak dalam dunia blogging...ingin mencari kenalan dan juga pengalam...lagipun sebagai seorang blogger...sudah tentunya ingin merasai majlis yang menjadi kebanggaan setiap blogger2..dan ingin mendapat pengalaman dalam majlis tersebut...hahaha

2. Kalau la saya dapat sertai majlis...best seronok kan...dapat bertemu dgn blogger2 otai...dan rakan blogger yg lain...rasa sgt teruju dan jakun la plak....maklum laaa...sebelum ni hanya menjadi silent reader jer....kalau nk bertentang mata dgn tuan empunya blog mesti lagi syiokkk habesss...so key point saya hanya lah nk jumpa rakan2 blog...

3. Teringin juga di hati merasa pengalaman semasa majlis berlangsung...maklumla tak pernah hadir lagi mana2 event yang 'gah' mcm ni...semestinya akan menjadi pengalaman paling manis buat saya kalau dpt hadir kesana kan...~~ sila bayangkan....dgn kehadiran tetamu yg segak bergaya...

ok..dah2..nilah antara angan2 saya kalau saya hadir ke sana...
( jakun habesss yawwww)

Monday, 14 November 2011

Gewdiks Santai

Assalamualaikum....
hari ni terlebih rajin nk blogging...biasa la dah ada kesempatan dan kesenangan waktu...
so dapat la membelek n membuat n3 baru...

jom tgk gambar...

Bersiaran secara solo...


Gewdiks terlampau


bersiaran secara berduet

Adik saya n saya ...
ada nmpak mcm dia kakak kita tak?? hahahaha
sgt teruja bila org ckp sy nmpak mcm adik...sedangkan sy kakak...
oohhhh...sy nmpak 'temb' yawww....







Kekasih hati saya sepanjang hidup....
dari kiri atas ensem boy n still solo ker my adik bongsu [eddy]
yang bertudung putih ialah my sepupu kembar [Alia] - 1st 
diri kiri duduk ialah my sepupu [Annisa] - 2nd 
yang free hair ni my adik 2nd last is Amy

Rindu saat2 mcm ni...
Alia n Annisa adalah pasangan kembar yang tak seiras....
so korang jgn kompius yerrr...bila aku ckp depa ni kembar tapi muka xsropa...
tapi ni la hakikatnya....tapi Alia seorang yg cool dan lebih matang...
Annisa plak masih perwatakan kanak2 lg n lebih manja walaupn umur depa skg dh 10 tahun....

to Amy,Eddy,Alia n Annisa...semoga korang dimurahkan rezeki n dipermudahkan segala urusan....
dan yang pasti aku rindu korang ...


Keindahan membawa Keinsafan Diri

Assalamualakum ....

santek tak gambar kat bawah ni ... 
Allahuakbar.....ni la yang memberi  keinsafan bila melihat kecantikan rumah Allah...

Tiba2 dlm hati terdetik...mungkinkah aku ada berkesempatan lagi nk melihat dan berkunjung lagi kesini...
MasyaAllah....moga dipanjangkan umur utk terus kesini lagi....Aminn...


Masjid yang begitu klasik
santekkkkk . . . 


Tenang jer kan bila tgk gambar ni....Alhamdulillah....
moga dikuatkan iman dlm urusan harian....

Selamat Beramal...

Tips Menguruskan Badan

Assalamualaikum....
tgk tajuk...wahhhh sgt bersemangat nk kurus....
 Wahai kengkawan semua...mari lah kita amalkan tips2 ni yerrr....


sumber :kliks sini

Tip kuruskan badan tanpa ubat
Ada tips skit:
 
 " Cara Untuk Kurus Tanpa ubat-ubatan
1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar muscle(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini
menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi
2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN

Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS

Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.
5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.
6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula didalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.
7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN

Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.
8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.
9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.

12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.

14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet

15. Ambil makanan yang berempah Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

17. SIMPAN SATU DIARI

Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. TUMPUKAN PERHATIAN UNTUK SIHAT, BUKAN KURUS
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.
22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.
23. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.
24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.
25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing

i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat

ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif

iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam

iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah

v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha."



bleh ker aku nk ikut semua bendalah2 ni......
oowwhhhhh.......aku perlu kuatkn semangat...utk hasil yg gempaq...wiiwiiittt
maklumlaaa...skg nie bdn aku bagai dipam2...aduuhhhh..sgt tragis...
dulu berat aku around 46-50kg dgn ketinggian 153cm...~~ni masa 10 thn lalu
lepas tue naik plak dr 50-55kg ~~ ni masa 5 thn lalu
skg lg naik...55-62kg ~~ thn semasa....mak aiii kemain lg ko ek
mengembang mcm kek yg di letak soda bikabonat....

bukannya aku tak nk kurus..mmg ada niat nk buat semua tue..tapi nk laksanakan tu mcm
agk berat skit laaa....tu la masalahnya...
 otak aku 'on' selalu nk berdiet bagai...tapi hati yg kejap2 'on/off '...tensen wehhh...
dh tu mcm mn....cer citer.....

Apa pn dgn keazaman aku yg kuat n tinggi ni...akan aku laksanakan jg...
dengan adanya tips2 yg ada...kini aku lebih bersemangat....ayat tak bleh blah...
hahahhaa....

Selamat berdiet n selamat berkursus opssss berkurus...

Sunday, 13 November 2011

Ngeh...Ngehh...Ngehhhhhh Drama Sebabak

Hahahahaha.....Assalamualaikum....
N3 apa ni...tak paham aihhh....
dh tak tau nk pikiaq (pikir) tajuk apa...ni yg sonang...

so...layan jer gambaq yg ada....


majuk

Buruk wehhh...muka tak bleh blah...majuk la kunonnn....
tak mau tengok depan..sebab 'dia' ada...'dia' curik makanan sayaaa.....


muka riang jer dapat rembat makanan

tgk siap senyum kambing lg...wah2....kemain ko ekkkk..
bagi balik makanan saya.....!!!


aksi rebut2..

Nampak tak jari saya tgh rebut nk balik makanan tu...owwwhhhh...tak tahan yawwww...
sgt nakal kn 'dia' nie...curik makanan saya....


Tgk...tetap tak nak kasi balik makanan saya...sgt degil ini menatang yerrr....
tggu jap...akan saya hapuskan kamu....hahahahahhah
haiyakkkkk....wacaaaaa.....*^!@BNFJnkh*^%@!.....
hahaha...selesai sudahhhhh... akhirnya....


tadaaaaaaa.....



muka gembira dapat laksanakan tugasan...

sgt berpuas hati...dapat balik makanan saya yg enak ni....tapi yang pelik nyerrr....
kat tempat saya (area tmpat bekerja + umh sewa) takdak plak...
mmg susah nk carik...balik umah sendirik baru ada...
sedih wehhhh...duduk pedalaman mcm gini....
nk carik makanan peberet i yg sonang cenggini pn susah......

sooo....kepada sesiapa yg nampak ini benda....


Dadih Shokram Asli

Sila dapatkan bebanyak untuk saya ekkkk....mabelessssss..aaauuummmmmm..
untuk di restok dlam perut incik freeze saya....


TQ!!

Salam Aidil Adha

Asslamualaikum....
 lama wehhh aku tak buat n3....sure berhabuk sehhh blog niee......

Aku tau...walaupn tak da org nk intai2 kt blog aku ni...tapi aku tetap nk buat n3 jugekkkk...ada aku kesahhh....
janji aku dapat berhibur dlm dunia maya aku sendirik....statment tak bleh blahhh...

Apa pn...masih blum terlambat aku nk ucapkan salam Aidil Adha...walaupn mmg dh terlambt...
maklumlaaaa..... ramai yg buat majlis Qurban...aku pn turut ter'kurban' gk....
bkn ter'kurban' apa...cuma terlobih mkn daging...sooo..kepala pn naik pusing laaa....

Sempana raya Qurban tahun ni...my Tok Wan ada juga buat Qurban kt kg...
best wooo lama tak buat majlis cengini...mkn pn smpai tak hengat....kayo ngn lelomak lerrr...
kepada lelemak ku sekelian...sila sembunyi kn diri yerrr....heheheh

Yang pasti...raya Qurban kali nie mmg best sgt...memori terindah buat aku...
sbb dapat kumpul semua sedara mara ....mmg heppening wehhhh....
enjoooooooyyyyyyyyyyyyyyyyy....

** sowi gambar tak sempat nk snap....sbb banyak tugasan perlu diselesaikan
semasa acara berlangsung.....

Thursday, 29 September 2011

Rumah Terbuka ~~ Mari menternak lemak

Selamat datang...sila masuk.....jemput mkn.....~~ smbil senyum ke telinga dgn muka yg ceria glamer...
maklumlaaa pakai baju santek...tu yg nk glamer jerrrr...
(ayat yg slalu di ungkap semasa open haouse)

Ok...tak nk story mory panjang...jom layan gambar semasa open house kt opis saya
yg telah berlaku  diadakan pada 25/09/2011....


persiapan terakhir

 

Antara tetamu yg hadir ..... selamat menjamu selera


zira, k.shitah n me~~yg tembam

Cendol...cendol....


bab ni aku tak paham...kios cendol open house kerr..or buka gerai cendol depan sekolah...
sebab apa...kanak2 riang jer yg dtg amek cendol....
tetamu lain tak mau rasa cendol ker...????? ahhhh fedulik apa aku....tak nak mkn sudahhh...


Wednesday, 28 September 2011

Congkak Versi Moden

Assalamualaikum olsss....
weehuuuu.....~~ semangat kesukanan

Semalam saya n Incik Hubby (IH) melapaking kt kedai cendol yg terbaekk sgt.....
~~maaf tiada gambar cendol..sebab terlalu pelahap....mkn tak hengat... :)

Sambil2 berchenta chentun...IH ajak main congkak...ohhh..no.no..no...
bkn congkak yg klasik tu yerrr..nk kena bw papan congkak bagai yg berat n bijik2 guli....
ni congkak moden tauuuuu...mcm mn rupa nyerrr??












tadaaaaa.......

ni la rupa bentu nyerrr..congkak iPhone...wehhuuuuu
yg player 1- sya...player 2- IH
ni masa belum start game lg.....


bila dilihat yg akan mnjadi juara nya saya....IH trus nk stop main...
ye la dia nk kalah....mmg tak adil btul..cehhhh..hampeh...


nie realitinya.... tgk...brapa jumlah sy dpt...
kelasss kau mone....

Tuesday, 27 September 2011

Bosan

~~ kebosanana melanda....

tak da apa pn nk share utk N3 ni....cuma nk tayang gambar ni jer...



kektus...
 
 
~~ pot dia jerrr santekkk..tapi kaktus dh takmau idup
 
 
sadeyyyy...dh lama kaktus ni mnjadi penyeri meja PC saya....
 
nampak tak lobang2 kt kaktus tu....taktau la pasai pa jd mcm tue....
 
mungkin kaktus ni duk direct ngn aircond kot..dia kn idup tmpat yg panas...
 
tu pasai jd mcm ni....apa pn sweet sgt kaktus ni...
 
~~ sok nk p beli lg la..nk letak kasik penuh meja ..... >_0



Asam Pedas Ayam

Selamat bersiaran...olsssss
~~ muka yg ceria dgn senyuman


Ni menu mkn mlm smlm....yg direquest oleh Incik Hubby....

maklumlaaaaa.....keadaan kesihatan yg masih di tahap baru nk sihat....msti terasa nk

mknan yg agk2 masam n pedas skit...so ni hasil nya........

jom cekidaut.... :)







maaf la gambar tak bropa kelia....maklumla guna kamera h/p jerrr..

resepi check kat SINI

Sila la mencuba..

Kek Gula Hangus

Assalamualaikum..


weeehuuuu.....setelah sekian lama berangan2 nk buat kek ni..akhirnya...


tadaaaaaa........




haaa...amek ko...kek gula hangus ..resepinya saya amek dari SINI
sedap sgt...lagipn mmg tersangat la mudah nk mmbuatnya...
mmg terbaekk dr ladang...


Selamat Mencuba n Sila Makan...pewwwitttt

Monday, 26 September 2011

Deting Yerrr

Haluuuuu.... Assalamualaikum....
~~ dgn wajah ceria.....

Hari ni terlebih rajin suda....maklumlaaa tak da keje nk buekkk...so hupdate blog laa...layannnnnnnn
saja nk up load gambar yg dh lama tersembunyi dalam folder....folder pn dh bersarang..hikhik


tetap ceria walaupn kureng sihat

Incik Hubby yg teruja berbaju merah
i loikee . . .




















Last weekend saya dan IH(Incik Hubby) pegi deting...dh lama tak deting kan~~uweeeekkkkk
kenkononnya nk tgk wayang...Raya Tak Jadi....so pasangan bahagia ni pn pegi la membeli tiket dulu...
sesudah sampai kami pn amek show midnite(12:15 am) uuuu...uwaaaaa. lambat sehhhhh..
Ok ta pa..saya gagahkan jg walaupn badan dah tak sihat..fine...

Lepas membeli tiket..kami melepak kt Uncle John Kopitiam..sambil teman IH tgk bola...
saya cuba mkn panadol utk meredakan selesesama dan cuba menurunkan suhu badan yg kian tinggi...
Fine..badan masih segar bugar n mula rasa sengal dgn suhu yang makin tinggi ....
walaupn jam sudah pukul 10.30 pm+++...
masih boleh bertahan walaupn terpaksa menahan sengal badan dan selesema yg kian teruk...

Bila dh show time pkul12:15am...hati sgt la ceria....sbb tak sabar nk balik..
dh la citer nya tak bropa best...terpaksa menahan kesejukkan yg terlampau...
citer tu tak la best sgt pn yg di gembur2kn dlm iklan..biasa2 jer...
saya bleh bagi 4/10 bintang jerrr....dh la busan nk mampus...dgn skrip yg berulang2...
mmg tak best laaa...yg menghairankan saya...penonton lain bergelak bagai.....
saya n IH hanya senyum kambing jer....kt mn lawaknya pn tak tau la....
dh la aircond kt dlm tu punya la sejuk...rasa mcm ayam daging yg di simpan dlm esbok plakk...or saya yg xbropa nk sihat...sebab tu terasa sejuk gilerrr...

Balik jerrr dr show tue..trus sya demam tak kebah2....suhu badan mencacak naik tak turun2..walaupn
berkoyan2 ubat sya telan...~~ sgt la azab....
setelah sekian lama tak berdeting..akhirnya begini yg saya dapat....pilu hati....
Apan pn teringat kembali zaman berchenta dolu2..~~ so sweettttt