Assalamualaikum......
Besok (Jumaat 18/11/2011) bermula la cuti persekolahan
bagi Negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu....
bagi Negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu....
selain negeri2 ni....mereka akan mula bercuti pada keesokkan harinya (Sabtu 19/11/2011)
Bila bermulanya cuti persekolahan ni...bermula lah musim kenduri kahwin...
so...saban hari sepanjang cuti sekolah mesti ada kenduri kahwin...
Bagi bakal2 pengantin...terutamanya gadis yang akan bertukar status kepada isteri...
bersediakah anda semua untuk menjadi ' Isteri Solehah '...
Alhamdulillah....kepada yang sudah bersedia untuk bergelar isteri dan InsyaAllah akan bergelar ibu...
tapi kepada yang masih kurang bersedia...kat sini saya ada panduan
kepada para isteri (termasuk diri saya sendiri )
kepada para isteri (termasuk diri saya sendiri )
dan bakal2 isteri untuk menjadi isteri solehah yang disayangi semua...
Berikut adalah tips-tips tersebut:
- Jangan sesekali meninggikan suara anda kepada suami .
- Dengar dengan penuh teliti dan sepenuh perhatian serta tidak berkata apa-apa (jika tidak ditanya) ketika suami anda sedang berbicara dengan anda.
- Jalankan tugasan rumahtangga dengan penuh amanah.
- Menjaga maruah keluarga dan status diri serta adab ketika berhadapan di khalayak ramai.
- Tidak mengaibkan atau “membuka pekung di dada” tentang cerita-cerita mengenai hal peribadi anda dan suami dengan rakan-rakan anda.
- Sentiasa beri semangat dan motivasi kepada suami dalam kerjaya dan apa juga perancangan masa depan dia demi kebaikan bersama.
- Tidak meninggalkan rumah tanpa izin suami anda terlebih dahulu.
- Elakkan mencabar atau mengarah-arah suami anda untuk lakukan sesuatu perkara. Kaum lelaki ni, amat pantang jika ego mereka agak tercabar.
Bolehkah kita untuk mengikut panduan ni....InsyaAllah....
semoga kita mendapat keredhaan-Nya untuk menjadi yang terbaik buat suami dan keluarga....
Sungguh beratkan tanggungjawab perempuan yang berstatus isteri...
InsyaAllah..harap2 semua nya dimakbulkan oleh-Nya
untuk memudahkan urusan harian..
InsyaAllah..harap2 semua nya dimakbulkan oleh-Nya
untuk memudahkan urusan harian..
Selamat Beramal
No comments:
Post a Comment
ehh....ada orang laaa